1. Program Pembelajaran MiKids Pendekatan MiKids, yang dihasilkan oleh pakar-pakar akademik, mengguna pakai teknologi mutimedia dengan sepenuhnya dalam memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran kognitif, selain membina nilai-nilai moral yang kukuh. Program ini amat popular di banyak negara di seluruh dunia seperti India, Sri Lanka, Indonesia, Filipina, China dan Dubai. 2. E-Pembelajaran E-Pembelajaran adalah satu usaha bagi membentuk pelajar-pelajar celik IT dengan kepada pelajar asas penggunaan komputer. Semasa Program Pembelajaran MiKids dijalankan, guru-guru akan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengendalikan secara individu sebagai tindak balas kepada soalan yang dikemukakan dalam E-Latihan MiKids.
3. Program Bimbingan Terkini Kami sentiasa mengemaskini sukatan pelajaran agar para pelajar tidak tercicir daripada sistem pendidikan terkini. Ini memastikan para pelajar memperoleh pendidikan yang berkualiti.
4. Pengambilan Pelajar yang Terhad Pusat kami berpegang teguh pada prinsip pengambilan pelajar yang terhad. Setiap bilik darjah di pusat kami merangkumi kurang daripada 15 orang pelajar. Hasilnya, guru-guru dapat memberi perhatian kepada setiap pelajar secara individu sewaktu P&P (pengajaran & pembelajaran) dijalankan.
5. Pengulasan Prestasi Murid Ibubapa semestinya ingin mengetahui prestasi anak-anak sepanjang pengajian mereka di pusat kami. Guru-guru kami akan berbincang bersama ibubapa pada akhir setiap bulan dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi anak-anak .
6. Persekitaran yang Selamat & Kondusif bagi Kanak-kanak Pusat Perkembangan kami mempunyai reka bentuk dalaman yang mesra terhadap kanak-kanak . Mereka bebas daripada kemalangan kerana kami sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
7. Bilik Berhawa Dingin Adalah amat penting bagi kanak-kanak untuk berasa selesa sepanjang waktu P&P. Selain menikmati udara yang nyaman, bilik berhawa dingin juga memastikan tingkap-tingkap pusat kami sentiasa ditutup dan ini dapat melindungi para pelajar daripada debu serta bunyi bising dari luar.
8. Guru-guru yang Berkelayakan & Dedikasi Guru-guru PPKK Pintar Berseri telah menjalani latihan khas termasuk kursus 'Early Childhood Education', kursus perguruan prasekolah, dan berpengalaman dalam mendidik anak-anak muda.